Thursday, July 30, 2020
Ada apa dengan G-PusKom?
Pusat Sumber Darul Hikmah SK Gedok telah mengorak langkah ke arah menjadikan Malaysia sebagai Negara membaca menjelang 2030.
Bagi menerapkan budaya membaca , satu projek Inovasi Galak Membaca berskala besar ialah G- PusKom telah dilaksanakan.
G- PusKom merupakan singkatan dari Gedok –Perpustakaan Komuniti merupakan salah satu daripada Program Galak Membaca yang meluaskan golongan sasaran nya di kalangan ibubapa dan komuniti setempat.Idea G-PusKom ini tercetus apabila Pn Nur Hanani Binti Hamzah GPM SK Gedok mendapati mukim Gemencheh tiada Perpustakaan komuniti untuk penduduk setempat mendapatkan bahan bacaan.
Lokasinya yang strategik terletak di hentian sekolah berdekatan dengan laluan utama penduduk setempat menjadikan ia sangat sesuai dan memudahkan komuniti mendapatkan bahan bacaan.
Projek ini pada mulanya adalah program kerjasama antara PSS Darul Hikmah SK Gedok dengan PIBG .PIBG telah memberi sedikit suntikan modal daripada sumber kewangan Projek G-Cleome dan sumbangan orang ramai bagi menyediakan prasarana dan kemudahan yang selesa kepada pengguna G-PusKom.Disamping itu juga,PIBG turut sama menjalankan kempen untuk menggalakan ibubapa membudayakan amalan membaca di rumah bersama anak-anak.
Setelah mendapat respon positif daripada ibubapa , PSS Darul Hikmah SK Gedok telah mengadakan hubungan jalinan dan jaringan dengan perpustakaan Awam Daerah Tampin yang berbesar hati membekalkan bahan bacaan yang sesuai dengan semua peringkat umur.
G-PusKom mampu melahirkan insan yang daya fikirnya luar biasa.
G-Puskom ini adalah satu wajah mencerminkan ciri-ciri keistimewaan yang berada di PSS Darul Hikmah SK Gedok.
Antara kejayaan yang terlakar hasil Projek G PusKom ini ialah penglibatan NILAM di kalangan murid 100% berjaya dikekalkan hasil daripada dorongan ibubapa yang turut serta membaca dan peningkatan peratus Pinjaman bahan bacaan di kalangan murid.
10 buah keluarga telah terinspirasi untuk mewujudkan mini library di rumah dan di pilih sebagai ikon Keluarga Cemerlang di dalam kempen keluarga membaca.
Harapan di sebalik Projek G-PusKom adalah kesedaran komuniti akan kepentingan membaca bertambah seterusnya akan melahirnya generasi gemilang dan terbilang.
Sunday, July 19, 2020
Kempen 1M1B sasar 5 bintang NILAM
1M1B adalah inisiatif PSS menganjurkan program galakan membaca sepanjang PKPP.Program 1Murid 1Buku adalah program yang menggalakkan murid membaca buku minimum 1 buah buku sehari.Selain itu program ini dapat meningkatkan kutipan bintang Nilam kepada murid.Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dan dijadikan amalan seharian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ada apa dengan G-PusKom?
Pusat Sumber Darul Hikmah SK Gedok telah mengorak langkah ke arah menjadikan Malaysia sebagai Negara membaca menjelang 2030. Bag...
