Thursday, July 30, 2020

Ada apa dengan G-PusKom?

Pusat Sumber Darul Hikmah SK Gedok telah mengorak langkah ke arah menjadikan Malaysia sebagai Negara membaca menjelang 2030. Bagi menerapkan budaya membaca , satu projek Inovasi Galak Membaca berskala besar ialah G- PusKom telah dilaksanakan. G- PusKom merupakan singkatan dari Gedok –Perpustakaan Komuniti merupakan salah satu daripada Program Galak Membaca yang meluaskan golongan sasaran nya di kalangan ibubapa dan komuniti setempat.Idea G-PusKom ini tercetus apabila Pn Nur Hanani Binti Hamzah GPM SK Gedok mendapati mukim Gemencheh tiada Perpustakaan komuniti untuk penduduk setempat mendapatkan bahan bacaan. Lokasinya yang strategik terletak di hentian sekolah berdekatan dengan laluan utama penduduk setempat menjadikan ia sangat sesuai dan memudahkan komuniti mendapatkan bahan bacaan. Projek ini pada mulanya adalah program kerjasama antara PSS Darul Hikmah SK Gedok dengan PIBG .PIBG telah memberi sedikit suntikan modal daripada sumber kewangan Projek G-Cleome dan sumbangan orang ramai bagi menyediakan prasarana dan kemudahan yang selesa kepada pengguna G-PusKom.Disamping itu juga,PIBG turut sama menjalankan kempen untuk menggalakan ibubapa membudayakan amalan membaca di rumah bersama anak-anak. Setelah mendapat respon positif daripada ibubapa , PSS Darul Hikmah SK Gedok telah mengadakan hubungan jalinan dan jaringan dengan perpustakaan Awam Daerah Tampin yang berbesar hati membekalkan bahan bacaan yang sesuai dengan semua peringkat umur. G-PusKom mampu melahirkan insan yang daya fikirnya luar biasa. G-Puskom ini adalah satu wajah mencerminkan ciri-ciri keistimewaan yang berada di PSS Darul Hikmah SK Gedok. Antara kejayaan yang terlakar hasil Projek G PusKom ini ialah penglibatan NILAM di kalangan murid 100% berjaya dikekalkan hasil daripada dorongan ibubapa yang turut serta membaca dan peningkatan peratus Pinjaman bahan bacaan di kalangan murid. 10 buah keluarga telah terinspirasi untuk mewujudkan mini library di rumah dan di pilih sebagai ikon Keluarga Cemerlang di dalam kempen keluarga membaca. Harapan di sebalik Projek G-PusKom adalah kesedaran komuniti akan kepentingan membaca bertambah seterusnya akan melahirnya generasi gemilang dan terbilang.

Sunday, July 19, 2020

Kempen 1M1B sasar 5 bintang NILAM

1M1B adalah inisiatif PSS menganjurkan program galakan membaca sepanjang PKPP.Program 1Murid 1Buku adalah program yang menggalakkan murid membaca buku minimum 1 buah buku sehari.Selain itu program ini dapat meningkatkan kutipan bintang Nilam kepada murid.Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dan dijadikan amalan seharian.

Monday, August 5, 2019

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2019 PERINGKAT SEKOLAH

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE 62 PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019


TARIKH         :  05 OGOS 2019
MASA             : 7.40 PAGI
TEMPAT         :  DATARAN SEKOLAH
ANJURAN      :  PANITIA SEJARAH DAN PSS DARUL HIKMAH DENGAN
                            KERJASAMA PANITIA KESENIAN & MUZIK DAN KSIB SK GEDOK
PERASMI        :  CIKGU ISMAIL BIN SABTU ( GURU BESAR SK GEDOK )

ATURCARA MAJLIS :
7.30 PAGI     : Guru dan murid berkumpul di dataran sekolah .
7.40 Pagi       : Kata Aluan Juruacara
                      : Nyanyian Lagu Negaraku,Lagu Kebesaran Negeri Sembilan,
                         Lagu Sekolah dan Lagu Dadah Durjana
                      : Bacaan Doa
                      : Taklimat oleh penyelaras Program
                      : Ucapan Pelancaran oleh guru besar
                      : Gimik Penyerahan Bendera
                      : Nyanyian Lagu Tema "Malaysia  Bersih " dan Jalur Gemilang
                      : sesi bergambar
                      : Bersurai





Bacaan doa  dipimpin oleh Adik Muhammad Danial Attaullah Bin Mohd Noor

Upacara gimik pelancaran penyerahan bendera Jalur Gemilang
 kepada Guru Besar SK Gedok Cikgu Ismail Bin Sabtu
   

Guru -guru sedang menyusun bendera Malaysia untuk agihan kepada murid -murid 

wajah-wajah generasi Malaysia yang bakal memimpin negara satu masa nanti.

Cikgu Ismail Bin Sabtu ,Guru Besar mengibarkan Jalur Gemilang bersama murid -murid sebagai
simbolik Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2019 

KAMI SAYANG MALAYSIA
#MALAYSIABERSIH 

Tuesday, July 23, 2019

SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI DASAR WARGA EMAS NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

PROGRAM : Sambutan Hari Raya dan Hari Dasar Warga Emas Negara Peringkat Sekolah 
TARIKH : 28 Jun 2019
HARI      : Jumaat
ANJURAN : Unit Kebajikan Hal Ehwal Murid ,PIBG SK Gedok dengan kerjasama PSS Darul Hikmah SK Gedok
TEMPAT : Dewan Bestari SK Gedok

Sambutan hari raya pada tahun ini bertemakan  Raikan bersama yang tersayang.Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan pertandingan pakaian raya paling "Rare & Glamor" kategori murid dan dewasa terbuka,pertandingan pakaian "sehati sejiwa" terbuka,dan Sukaneka riang ria raya.Majlis  ini juga diadakan bagi  meraikan warga emas golongan asnaf.Mereka telah menerima sumbangan Hamper dari syarikat pembekal Saujana Ilmu Enterprise.Majlis berlansung dengan meriah dengan kehadiran Tuan Saiful Adly Bin Abdul Wahab Penyelaras Pakatan Harapan  Adun Gemencheh .



























Tuesday, February 5, 2019

Ada apa dengan G-PusKom?

Pusat Sumber Darul Hikmah SK Gedok telah mengorak langkah ke arah menjadikan Malaysia sebagai Negara membaca menjelang 2030. Bag...